Tahun pertama datang Sarawak 2011

Syukur alhamdulillah rezeki dapat menjadi cikgu di Sarawak. Memang kenalah nama blog ni Cikguzim so memang saya ni bakal menjadi seorang guru yang cemerlang dan berdedikasi di Sarawak ni dalam tempoh yang lebih 10 tahun di sini Insyallah. 

Sebelum tu nak suai kenal dengan negeri Sarawak ni dulu jom ikut saya explore beberapa tempat di sekitar Kuching ini.


Bergambar di depan pintu masuk Maktab/ IPG Kampus Batu Lintang. Batu Lintang di Sarawak ni ada 2 tahu, 1 lagi di Sri Aman nun hehe.







Waktu saya datang Maktab Batu Lintang dalam proses renovasi 2011. Jadi terpaksa tinggal di kuarters lama yang agak serammm tapi okey sajeee.


Pemandangan petang yang indah. Snap pakai fon Nokia je waktu ni

Jalan ke tepi Sungai Sarawak aka Kuching Waterfront. Banyak aktiviti menarik dan cantik pemandangannya terutama waktu malam


DUN Sarawak

Apa nama padang ni ek, Padang Kuching kot


Muzium Sarawak, kalau tak silap muzium ni ada keluar dalam filem XX Ray, kalau tak silap laa yang part batu meteor tu hahahaha






Masjid Negeri, eh ni ke Masjid negeri? hantam sajalah



Solat dulu, insyallah selamat dunia akhirat gaisss

Jom ke air terjun Ranchan Serian. Jauh sikit dari Kuching tapi tempat ni memang nyaman


Air terjun Ranchan ni kebanyakannya cetek je tapi kena hati-hati juga. Di Sarawak banyak air terjun yang cantik cuma agak terpencil dan kena masuk dalam pedalaman baru jumpa yang betul-betul cantik.


Gambar kenangan dengan rakan-rakan se-UIA dan semaktab


Lepas itu kita jalan ke Taman Budaya Sarawak atau Cultural Village

Dalam Cultural Village ni ada banyak rumah tradisional masyarakat di Sarawak yang berbilang bangsa




Macam-macam jenis rumah dan alat-alat dalam rumah ada. Show pun ada tapi lupa la pulak ambil gambar. Ok Chow jumpa lagi.


Catat Ulasan

0 Ulasan