Minggu pertama bertugas di Sekolah!

Lepas briefing di maktab dalam 2 minggu, kini tiba masa bergerak dan posting ke sekolah sebagai guru pelatih. Tapi lokasi sekolah saya tidaklah jauh sangat dari Kuching tak seperti rakan lain yang jauh 'dilontar' ke ceruk dan pedalaman di seluruh Sarawak ni. 

Kiranya sekolah ni bukan berstatus pedalaman dan cuma berkategori luar bandar iaitu kira-kira 2 jam perjalanan dari Kuching. Lokasi sekolah ini dalam kawasan perkampungan Melayu dan berada dalam daerah Simunjan.

Untuk sampai ke sini boleh menggunakan jalan darat dan menggunakan feri. Pengalaman naik feri memang agak janggal tapi lama-lama biasa lah nanti.

Sekolah tempat posting pertama ini adalah bernama SK Seruyuk Simunjan. Tak jauh dari Kuching. Dari Kuching kena lalu Samarahan, Asajaya, dan sampai ke Simunjan naik feri menyeberang sungai Batang Sadong yang boleh tahan luasnya.

Minggu pertama masuk sekolah ada program Maulidurrasul 2011



Di mana-mana sekolah di Sarawak pasti akan ada guru dari semenanjung.






Secebis gambar buat kenangan untuk tatapan generasi akan datang yang membacanya.

Agaknya mampu ke aku nak galas tugas sebagai guru ni ek? Kalau anda menerima offer atau kerja jadi guru di Sabah atau Sarawak, terima saja kerana ianya adalah rezeki dan asbab kita boleh menambah pahala yang berterusan. Guru pekerjaan mulia.

Boleh ke aku jadi cikgu ni?? 

Bersambung......


Catat Ulasan

0 Ulasan