Pokok Gharqad dan Yahudi
PROJEK GHARQAD adalah projek penanaman pokok Gharqad sudah menjadi sinonim dengan perjuangan zionis sejak puluhan tahun yang lalu.
Projek ini diletakkan di bawah projek khas Jewish National Fund yang telah menanam jutaan pokok gharqad di seluruh tanah jajahan Israel ( Palestine 1948).
JNF meletakkan target untuk menanam sebanyak 5 juta lagi pokok gharqad sehingga 2030.
Kos menanam untuk setiap pokok gharqad ini adalah sekitar USD 18, dan kos penanaman dan pembesarannya didanai oleh para penyokong JNF dan diiklankan di semua negara penyokong seumpama USA, China, Argentina dll
Tanpa malu dan segan, mereka menyatakan bahawa pokok gharqad ini adalah di antara elemen penting untuk survival negara Israel daripada pertembungan dengan umat Islam.
Isu pokok gharqad tiada dalam kitab Yahudi dan Kristian tetapi jelas termaktub dalam hadith shahih Rasulullah SAW.
Rasulullah s.a.w. bersabda, maksudnya: “Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah akan berlaku peperangan di antara orang Islam dan Yahudi maka pada waktu itu (tentera) Yahudi akan dibunuh oleh (tentera) Islam, sehingga apabila orang Yahudi berselindung di sebalik batu dan pokok lalu batu dan pokok itu bersuara dengan katanya; “Wahai Muslim, wahai hamba Allah, di belakangku ini ada Yahudi, marilah bunuhnya.” kecuali pokok gharqad (yang tidak bersuara) kerana sesungguhnya ia merupakan pokok Yahudi.” – HR Bukhari, Muslim dan al-Tirmidhi.
Jadi, bukanlah satu rahsia bahawa mereka mempercayai kebenaran hadith Nabi saw tetapi mereka mengingkarinya.
Credit:
Zainur Rashid Z
Catat Ulasan
2 Ulasan
ada kak ana tengok di FB macam nih rupanya kan... patut lah boleh di jadikan persembunyian depa
BalasPadammoga mati la semua pokok yang tak berguna tu
BalasPadam