Amalan 10 akhir Ramadhan
Rasanya macam baru sahaja kita mengucapkan Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadan.Kini bulan penuh rahmat dari Allah ini sudah memasuki fasa akhir.
Fasa pecutan maksimum untuk merebut Malam Lailatul Qadar yang lebih baik dari seribu bulan.
Daripada ‘Aisyah R.Anha, katanya:
“Adalah Rasulullah SAW berusaha bersungguh-sungguh (beribadah) pada sepuluh akhir (Ramadan) melebihi kesungguhannya pada bulan-bulan yang lain”. [Riwayat Ahmad]
GANDAKAN AMALAN DI 10 AKHIR RAMADAN ini dengan memperbanyakkan membaca al-qur’an, solat Terawih dan qiyamullail setiap malam, solat di awal waktu, zikir dan istighfar sebanyak-banyaknya, gandakan lagi selawat, taubat sesungguh hati, iktikaf di Masjid dan banyakkan bersedekah di 10 malam terakhir ini.
"Sedekah paling utama adalah sedekah di bulan Ramadhan." (HR At-Tirmizi)
Bayangkan jika semuanya ini diamalkan setiap malam di 10 yang akhir ini dan direzekikan Allah bertemu dengan Malam Lailatul Qadar, Subhanallah ganjarannya lebih baik dari 1000 bulan. Umpama beramal selama 83 tahun 4 bulan, Masya Allah. Sama-sama kita rebut. Bimbang tiada lagi kesempatan selepas ini.
Rebut juga keberkatan Malam Lailatul Qadar yang kita impikan ini dengan bersedekah kepada saudara seislam kita melalui Ibadah Qurban dan Aqiqah di 19 buah Negara yang dilanda kebuluran, kemiskinan dan kehidupan yang sangat daif.
Malah ada di antara mereka yang hanya SETAHUN SEKALI sahaja dapat merasai nikmat makan daging melalui ibadah qurban dan aqiqah yang kita laksanakan ini 😭 Ya, Raya Haji lambat lagi tetapi kita nak merebut keistimewaan beramal di 10 malam yang akhir ini.
Kita giatkan usaha untuk mendapatkan malam Lailatul Qadar di mana setiap amalan dianugerahkan dengan ganjaran yang sangat besar di sisi Allah.
Doa Malam Lailatul Qadar.
اللَّـهُـمَّ إنَّكَ عَفُوٌّ تُـحِبُّ العَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي
“ Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dan amat suka akan keampunan, maka berikanlah keampunan kepadaku”.
Antara doa yang boleh diamalkan untuk mendapat rezeki bertemu malam Lailatul Qadar.
“Ya Allah, rezekikan kami Lailatul Qadar pada tahun ini dan juga pada setiap tahun. Dan bantulah kami untuk menghidupkan dan membangunkan malamnya dengan RahmatMu, Wahai yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”.
Catat Ulasan
1 Ulasan
MasyaAllah.. 10 malam terakhir Ramadan.
BalasPadam