Prestasi Mei :100k PV blog, 5k Subs Youtube

Salam Jun 2021, dah masuk pertengahan 2021 dah kita. 

Bagaimana dengan amalan kita semua? Semoga dengan mendapat pertambahan rezeki dari segi masa yang diberi ini kita gunakannya untuk menambahkan pahala amalan, insyallah.

1hb Jun juga merupakan hari bermula lockdown untuk memutuskan jangkitan so Cov-19 ni. Saya percaya kita akan lebih berjaya mengawal wabak ni. 

Ok, ini merupakan prestasi blog dan youtube Cikguzim bagi Mei 2021.

Blog :

Syukur alhamdulillah sasaran untuk mendapatkan 100k pageviews (pv) menjadi kenyataan, hehe sikit je lagi 100k so saya genapkan jadi 100k pv jer senang.

Kira 100k pv lah kan šŸ˜

Visitor harian tertinggi juga ada yang pernah mencecah 4k visitor sehari. Trafik ini disumbangkan dari penulisan yang berkaitan dengan isu semasa. Agak jarang nak dapat trafik tinggi seperti ini sebenarnya.

Rasa terkedu juga bila lihat current reader sampai 80 lebih pada satu-satu masa. Memang jarang dapat jumlah sebanyak ini.

Bulan Mei juga gagal nak buat post hampir setiap hari, harap lebih rajin sikit untuk bulan seterusnya ni. Adoi, bila sampai masa malas nak menggerakkan jari tu memang malas sungguh.šŸ˜…

Minta maaf juga sebab terdapat banyak kontest dan giveaway dari rakan blogger lain terlepas nak join. Kadang terlepas nak baca kat newsfeed, jangan lupa ajak di ruangan komen ye, kadang tak perasan jugak.

Youtube :

Alhamdulillah! Mengikut sasaran, Youtube Cikguzim memang dah cecah 5k subscribers. Cun jer masuk 1 Jun ni dah genap dapat 5k subs. Terima kasih kepada yang subscribe ye. Really appreciate that.

Sempat screenshot masa 4.99kšŸ˜€

Yess 5k šŸ˜€šŸ˜€šŸ˜

Trafik di youtube kalau kena gaya memang senang-senang je boleh pintas view di blog. Begitu juga pendapatan adsense dari youtube, jauh beza dengan pendapatan di blog.

Lifetime view youtube Cikguzim. Sikit masa lagi akan pintas view di blog yang umurnya begitu  jauh berbeza.

Sebab tu orang sekarang lebih suka sharing dalam bentuk rakaman berbanding penulisan. Takpelah, blogger/wordpress dan youtube ni adik beradik seibu sebapa dengan google, rugi kalau tak manfaatkannya untuk sebaran ilmu.

Untuk channel ni saya dah tahu apa yang dapat menarik view yang tinggi cuma itulah....masa nak menyiapkan video ni yang agak kurang. Nak buat video senang, nak edit tu yang ambil masa sikit. Kalau ikutkan sehari boleh buat 3-4 video tapi bila BDR ni ada budak-budak kecik di rumah ada kekangan sikit.

Biar subscribers grow slowly asalkan steady jadilah.

Bukan blog dan youtube ini saja saya ada, ada beberapa lagi yang nak di handle dan tak diberitahu di sini.

Jom, subscribe di SINI

Nak pesan sikit : 

Di kesempatan ni nak pesan sikit dekat rakan-rakan luar sana tolonglah patuh SOP yang ditetapkan. Kita tak boleh gagal lagi kali ni, ingatlah orang lain yang banyak berkorban ni.

Kita lock diri kita betul-betul kali ni jangan keluar pergi mana-mana tempat yang tak perlu.

Harap lepas ni kita boleh jalani kehidupan normal. Jangan takut juga nak datang cucuk vaksin. Dah terbukti vaksin ni berkesan. Jarum dan vaksin ni senjata terakhir kita, ok?

Ok itu saja posting kali ini dengan doa dan harapan supaya saya lebih rajin nak menulis selepas ini. šŸ¤£

Terima kasih kepada pembaca dan penonton! Lagi banyak view lagi bersemangat nak buat konten sebenarnya....Ingat, buatlah konten berunsur info & ilmu dan bukan konten yang melalaikan ye.


Catat Ulasan

8 Ulasan

  1. Alhamdulillah. Tahniah cikguzim. Semoga terus berjaya, tak kisahlah blog ataupun YT

    BalasPadam
  2. TAhniah cikguazim.. Saya tak reti nak tengok benda2 tu. heheheh

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah.. tahniah cikguzim.. Keep it up.. waa.. youtube nak dapat 1k pun susah kalau sy haha

    BalasPadam
  4. Tahniah, Cikguzim. Semoga terus berkarya.

    BalasPadam