Lee Zii Jia menang All England 2021

LEE ZII JIA JUARA ALL ENGLAND 2021 !! 

Santai malam Ahad menonton badminton akhir All England. Tengok bola Pahang vs PJ City malam ni macam bosan sangat, dah kalah 0-1.

Nasib baik tonton badminton malam ni menang, berbaloi tengok lebih sejam.

Sengit betul game tadi, 1st set debor, second lagi debor tapi game ke 3 mudah sangat dan tak debor dah.

Apa-pun memang berdebar tak sudah menonton perlawanan akhir Badminton All England tadi.⠀

Pemain perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia sebentar tadi dinobatkan sebagai juara All England selepas menewaskan pemain no. 2 dunia dari Denmark, Viktor Axelsen, 30-29, 20-22, 21-9

Tahniah Lee Zii Jia kerana berjaya menjadi juara perseorangan Kejohanan Badminton All England! Kali terakhir kita menang ialah pada 2017, Datuk Lee Chong Wei. ⠀

Semoga kejayaan ini menjadi perangsang untuk kejayaan lebih baik di masa hadapan. Saya harap para pemain lain juga menjadikan kejayaan ini sebagai inspirasi. Malaysia Boleh!

Tahniah !!

Muda lagi ni baru 22 tahun, moga boleh jadi pengganti Dato Lee Chong Wei. Jangan tenggelam pula lepas ni Lee Zii Jia.

Lee Zii Jia menang All England 2021 Lee Zii Jia menang All England 2021 Reviewed by cikguzim on 21.3.21 Rating: 5

4 ulasan:

  1. tahniah lee zii jia. semoga lebih berjaya dan mengharumkan nama negara

    BalasPadam
  2. tahniah lee zii jia, moga dia dapat menyambung kesinambungan datuk LCW

    BalasPadam
  3. tahniah..harap dapat kekalkan momentum dan bawa pulang pingat emas Olimpik di Tokyo nanti

    BalasPadam
  4. tahniah. harap dia dpt bawa pulang pingat emas Olimpik nanti.

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.