Ramai murid belum mampu..

Bagi latihan dan panduan belajar kat group wassap kadang ada yang cepat respon ada yang tak respon langsung...

"Maaf lambat respons cikgu, baru ada kredit nenek saya top up kan kat bandar tadi ni"

Ni antara mesej yang saya pernah baca di grop wassap saya...😔

Pdpr tak sama bagi sesetengah murid, ada yang teruja, selesa, seronok tapi ada juga yang seperti gambar di bawah ni...

Ramai lagi pelajar yang ibubapanya tak mampu apatah lagi ramai ibubapa yang kehilangan pekerjaan waktu covid macam ini.

Sumber gambar : medsos

Nak makan utk seisi rumah pun tak cukup apatah lagi membeli peranti seperti telefon atau tablet.

Mungkin ada diantara kita yang mempunyai komputer desktop atau laptop yang tak digunakan tapi masih elok, boleh lah sumbangkan kepada yg memerlukan seperti ini.

Moga semua pelajar yang mengikuti pdpr ni akan belajar dengan rajin. Takpa walaupun banyak kekangan guru-guru akan cuba sampaikan semampunya bahan dan ilmu tu kepada kamu Insyallah...

Aamin. Berkat aaminkan doa waktu hujan macam ni..

Ramai murid belum mampu.. Ramai murid belum mampu.. Reviewed by cikguzim on 26.1.21 Rating: 5

6 ulasan:

  1. Ya salah satu masa doa diperkenankan ialah ketika hujan.
    Saya sudah follow balik blog ini. Terima kasih melawat blog saya.

    BalasPadam
  2. Betul saya setuju dengan post Cikgu Zim.
    Jangan anggap semua orang mampu dalam keadaan sekarang ditambah pula anak ramai.
    Sistem belajar dari rumah perlu disemak semula supaya lebih berkesan.

    BalasPadam
  3. Setuju. Setiap keluarga ada kekangan masing-masing. Semua pihak sama-sama sesuaikan diri dengan keadaan terkini yang tidak tahu bila akan berkesudahan. Ibu bapa dan guru jadilah kawan untuk merealisasikan pdpr ini.

    BalasPadam
  4. Ya bukan semua orang mampu. Moga dilapangkan urusan-urusan PdPc secara online para anak-anak bangsa kita. Saya follow back.

    BalasPadam
  5. KPM mesti lakukan sesuatu untuk mengatasi masalah dalam PdPR ni.

    BalasPadam
  6. mencabar betul budak2 sekarang belajar.. semoga semuanya tabah dan dipermudahkan

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.