Lebuhraya Pan Borneo, highway tanpa tol Malaysia
Memandu di lebuhraya Karak bila balik kampung memang best, jalannye luas dan selesa, banyak tempat rehat (rnr). Nak memotong senang sebab jalan banyak lorong. Bukan Karak Highway je yang best memandu di semenanjung, highway2 yang lain pun best juga tapi masih agak berbeza dengan highway di Sabah dan Sarawak yang masih sedang dalam pembinaan.
Memang best nak travel di Sabah Sarawak bila highway Pan Borneo dah siap sepenuhnya nanti, dan paling best lebuhrayanya takde tol! Tak macam di semenanjung yang tolnya di sana sini ada.
Ini sedikit info yang diambil dari Wikipedia berkenaan Lebuhraya Pan Borneo Sabah & Sarawak :
(Sumber : Wikipedia) Lebuhraya Pan Borneo, juga dikenali sebagai Lebuhraya Trans Borneo, adalah satu rangkaian laluan persekutuan yang menghubungkan Sarawak, Brunei dan Sabah.
Projek Lebuhraya Pan Borneo adalah projek usaha sama antara kerajaan Brunei dan Malaysia. Dengan siapnya lebuhraya ini nanti, pemandu boleh memandu secara terus dengan kereta dari Kuching ke Kota Kinabalu. Namun demikian, Kerajaan Pusat juga terus membina bahagian-bahagian baru bagi menghubungkan kawasan luar bandar di Sarawak.
Panjang keseluruhan sistem lebuh raya ini dianggarkan sepanjang lebih kurang 2,239 km.
Di bawah Projek Pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo juga, pembinaan jalan empat lorong dirancang untuk dilaksanakan pada masa depan termasuk lorong memotong di setiap satu kilometer untuk menangani kawasan kerap kemalangan dan pemendekan jalan.
Sepanjang Lebuhraya Pan Borneo ini kelak, jaringan jalan ini tidak akan dikenakan sebarang Tol kerana ianya merupakan jalan utama menghubungkan ke bahagian-bahagian lain di Sarawak.
Lebuhraya tanpa tol yang terpanjang di Malaysia in dijangka siap sepenuhnya menjelang 2022.
Lebuhraya Pan Borneo turut dihubungkan ke rangkaian jalan raya di Kalimantan, Indonesia, di mana ia dikenali sebagai Lebuhraya Trans-Kalimantan (Jalan Lintas Kalimantan dalam Bahasa Indonesia). Jajaran di Indonesia menghubungkan pekan Tebedu dengan bandar raya Pontianak. (Sumber : Wikipedia)
Bila melalui jalan raya yang sedang dinaik taraf menjadi highway ni sakitnyaa lah. Bukan apa, perlu mengekor lori yang banyak bawa barang, jalan lama jadi berlubang, perlu lalu banyak lencongan dll kena sabar je dulu bila drive atas jalan yang sedang dalam pembinaan ni.
Ini merupakan rakaman memandu selama 3 jam lebih di atas Pan Borneo yang dalam pembinaan:
Memang banyak dah kereta terutama bahagian tayar jadi rosak sebab perlu lalu jalan yang rosak dan berlubang ni. Alhamdulillah setakat artikel ni ditulis, banyak jalan dan tempat rehat (rnr) dah pun siap dan dibuka.
Pemandu di sini kena bersabar sikit lagi sebab dijangka 2022 baru siap sepenuhnya Pan Borneo Highway ni.
Dengan Covid 19 yang belum reda ni harapannya tak ganggulah progress siapkan Pan Borneo.
Catat Ulasan
7 Ulasan
Teringin nak melawat Sarawak.
BalasPadamBelum habis xplore srwak ni walaupun dah lama ..banyak tempat menarik
PadamMoga dapat melalui lebuhraya Pan Borneo ni nanti, tak sabar juga...harap sgt siap seperti dalam perancangan.
BalasPadamTerbaik...begitulah yg diharapkan.sng nk jalan2 nanti
PadamWah.. rasa macam nak terbang ke Borneo la tahun 2022
BalasPadamAyuh..percutian dalam negara merancakkan ekonomi negara
PadamTeringin nak ke sabah dan sarawak
BalasPadam