Cara renew insurans dan roadtax kereta online di Myeg

Rupanya musim PKP ni banyak benda yang kita boleh belajar semuanya buat dari rumah di hujung jari saja. Kalau sebelum ni nk renew roadtax mesti pergi JPJ atau agen utk dorang renewkan. Musim ni dua-dua tempat tutup. Jadi kite kena belajar la benda baru..
Renew roadtax kereta online mudah saja gune Myeg
Rupanya senang sahaja tapi untuk kereta sahaja, nak renew roadtax motosikal online tak boleh ya....
Kat sini kita share mcm mana nk renew insurance dan roadtax di myeg.

First kite kene ada account dengan myeg kalau tak ade bleh register gune link kt bawah :
Lepas dah register. Login macam biasa.
Utk renew insurance
Langkah 1:

Klik icon Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Langkah 2:

Klik pada butang butang Auto Insurance Renew
Langkah 3:

Skrin akan memaparkan syarikat-syarikat insurans atau takaful yang menawarkan produk mereka menerusi MyEG. Pada masa artikel ini ditulis, terdapat hanya 6 buah syarikat iaitu AIG, Zurich Takaful, eTiQa Takaful, RHB Insurance, Berjaya Sompo Insurance Berhad dan Takaful Malaysia.
Langkah 4:

Untuk teruskan, klik sahaja pada icon syarikat yang anda pilih, untuk artikel ini, saya tunjukkan Takaful Malaysia (boleh dikatakan langkah dan proses yang sama sahaja akan dilalui apabila pilih yang lain).
Selepas isi nombor MyKad, kelayakan NCD akan terus dipaparkan.
Isikan sahaja maklumat yang diminta. Anda boleh tetapkan amaun yang ingin dilindungi (biasanya mengikut harga semasa kereta) dan juga tambah maklumat pemandu tambahan.
Langkah 5:

Selepas dah isi semua maklumat, sebutharga penuh akan ditunjukkan
Jika setuju dan berpuas hati, boleh teruskan untuk buat bayaran.
Langkah 6:

Untuk buat bayaran, boleh pilih sama ada nak buat bayaran menggunakan kad kredit atau perbankan online seperti FPX, Mayabank2u, RHB Online dan Public Bank Online.
Langkah 7:

Selepas buat bayaran, boleh muat turun resit bayaran dan sijil perlindungan (cover note) yang diberikan.

Selepas selesai renew insurans takaful kereta, bolehlah renew road tax pula.
Kalau anda tak renew insurans takaful kereta melalui MyEG pun, anda masih boleh gunakan MyEG untuk renew road tax. ( Insurance ambik dengan ejen insurance)


Langkah 1:

Selepas login dan pilih Jabatan Pengangkutan Jalan, klik butang Road Tax Renewal/Baharui Cukai Jalan.
Langkah 2:

Isi semua maklumat yang diminta seperti nombor MyKad, nama, nombor telefon, alamat emel, nombor pendaftaran kereta dan tempoh perbaharui cukai jalan.
Langkah 3:

Pilih cara penghantaran road tax, sama ada anda nak ambil sendiri di pejabat MyEg di Bandar Utama, Kuala Lumpur, atau dihantar ke alamat pilihan anda sama ada di rumah atau pejabat.
Kalo pilih penghantaran roadtax nak dihantar ke alamat pilihan, Ada caj penghantaran.
Selepas isi semua maklumat, klik butang Proceed.
Langkah 4:

Maklumat road tax dan kos-kos yang terlibat akan dipaparkan.
Kalau setuju dan berpuas hati, boleh teruskan untuk buat bayaran dengan klik butang Confirm & Pay.
Langkah 5:

Untuk buat bayaran, boleh pilih sama ada nak gunakan kad kredit, perbankan internet atau akaun prabayar MyEG.
Selepas dah buat bayaran, boleh muat turun resit. Dan tunggu roadtax sampai ke alamat yg Ada request.
Kredit kepada : jomurusduit, cheasma

Catat Ulasan

0 Ulasan