Fakta sejarah yang sememangnya tidak dapat dinafikan kerana pada tahun-tahun tersebut, sememangnya ada penularan wabak penyakit yang menggemparkan seluruh dunia.
Menggemparkan dan dasyat, maksudnya ia memberi kesan secara besar-besaran serta jumlah kematian yang sangat ramai.
Pada tahun 1720, dunia diperlihatkan dengan penularan wabak The Great Plague of Marseille yang membunuh kira-kira 100 ribu orang di Marseille, Perancis. Penyakit ini disebarkan melalui lalat yang membawa bakteria penyebab penyakit ini
Pada tahun 1820 pula, dunia diperlihatkan dengan penyebaran penyakit kolera ke negara-negara Asia seperti Filipina, Thailand dan Indonesia (ketika itu disebut sebagai wilayah Hindia Timur Belanda). Wabak ini dikenalpasti berpunca daripada air di kawasan-kawasan tasik yang tercemar. Penyakit ini telah menyebabkan kira-kira 100 ribu orang terkorban ketika itu
Apa yang lebih mengejutkan dunia ialah penularan wabak Spanish Flu pada tahun 1920 iaitu 100 tahun yang lalu. Penyakit ini dicatatkan sebagai penyakit yang paling berbahaya dalam sejarah berikutan angka kematian yang mencapai 100 juta orang disebabkan penyakit itu. Kira-kira 500 juta orang telah dijangkiti oleh Spanish Flu ketika itu.
Kini di tahun 2020, dunia sekali lagi dikejutkan dengan penyebaran wabak Coronavirus yang bermula di wilayah Wuhan, China dengan keupayaan untuk menyerang sistem pernafasan manusia. Setakat ini, beberapa negara di seluruh dunia telah terkesan dengan penyakit ini termasuklah negara jiran seperti Thailand dan Singapura.
Adakah sejarah penyakit ini akan terus berulang setiap 100 tahun atau ini hanya kebetulan? Wallahua’lam! Apa yang kita boleh lakukan ialah mengambil berat tentang kesihatan kita dengan mengikuti langkah berjaga-jaga yang dikeluarkan oleh pihak kementerian, selain memanjatkan doa agar negara dan semua rakyat Malaysia dilindungi daripada bencana dan wabak penyakit.
"Wahai Tuhan kami, jauhkanlah kami daripada wabak ini, lindungilah kami daripada kebinasaan yang dahsyat; dan peliharalah kami daripada segala penyakit yang berjangkit, ta'un dan bala bencana. Dengan ihsan Mu wahai Tuhan yang Maha Lembut lagi Maha Mengetahui, sesungguhnya Mu ya Allah Maha Berkuasa ke atas segala sesuatu." Ameen
بسم الله الذي لا يضر مع اسمه شيء في الأرض ولا في السمآء وهو السميع العليم
Catat Ulasan
5 Ulasan
banyak juga penyakit yang datang beberapa tahun lepas...mcm H1N1,MERS...rasanya bukan tunggu 100 tahun je..ehehe
BalasPadamapa2 pon Tuhan sentiasa menduga kita dan setiap yg berlaku ada hikmahnya.. :)
moga kita semua sentiasa dalam lindunganNya, di jauhkan dari dijangkiti penyakit novel coronavirus ini
BalasPadamMoga setiap apa sahaja yang datang menjadi ingatan kepada kita semua..lebih beringat..lebih ambil berat dan lebih bersyukur.
BalasPadamAllahu.. kebetulan ke Ni.. takutnya mama
BalasPadamTak terjadi sesuatu melainkan ada sebabnya
BalasPadam