Download borang disiplin kelas

DOKUMEN DISIPLIN KELAS

Ini antara borang atau dokumen yang boleh digunakan guru kelas sekiranya ada masalah disiplin dalam kelas. Guru kelas boleh gunakan borang ini.

Kredit : mimi norashikin

Ni lembaran yg sy gunakan untuk kekal tenang menghadapi karenah pelajar dlm kelas, lagi2 sy jenis pelupa... jadi sy catatkan semua dlm lembaran ni. 1 kelas 1 lembaran..



“Cukup 3 kali, sy bawa awk jumpa kaunselor atau guru disiplin” (kes2 berat je la ya)

Ya lah, kadang2 budak ni tak sihat/penat sgt haritu jd dia tidur.. sy bagi peluang. Tp kalau dah selalu tu, mesti ada something wrong somewhere.. 

Program 3 penjuru sy akan tunjukkan lembaran ni. Bukti perangai anak dlm kelas (in my case bengkel, sbb sy guru RBT)... di hujung pula ada markah ujian/peperiksaan.. 

Bukan apa, pelajar ni berubah2 personalitinya mengikut kelas. Mungkin suka cikgu ni, baik je jadinya.. yang xsuka, mula la “meragam” sana sini 🤣

Kesimpulan, lembaran ni la buat sy kekal ‘waras’ dlm kelas. Lagi pula di zaman don’t touch my kids ni.. ✌️

❤️Cara sy guna dokumen ni, bukan tampal di kelas, tp dikendong setiap kali masuk kelas. Ada 8 kelas, jd 8 helai sebab tu ada cover depan.. Jd sy yg berkuasa penuh keatas dokumen ni, tidak di share dgn cikgu lain. Boleh dijadikan dokumen refleksi utk diri sendiri juga..

Guna seperti buku kehadiran pelajar, cumanya kita sebagai guru subjek. Senang cerita dokumen kawalan kelas. Ambil kehadiran, rekod salah laku, rekod merit jika pelajar buat baik/dpt jwb soalan. Hujung bulan kasi reward. 

Juga Tmpat utk catat markah ujian/pep sebelum key in ke saps.

Tingkatan: kelas subjek di ajar

Hari : hari subjek di ajar dlm seminggu. 
Cth: selasa/rabu

Ketua ting: ......
Pen. Ketua:....

*kalau tampal di kelas, berkemungkinan dokumen ni dimanipulasi oleh pelajar sendiri. Apa2 pun, ikut kreativiti cikgu. 😉

UPDATE (Download link)



Rakan2 boleh la downlod dr link ni ya.. ada cover skali yg boleh edit jadual guru.

❤️jika ada penambahbaikan, silalah share dgn sy juga..

❤️jaga diri 
❤️jaga hati 
❤️mengajarlah dengan happy!

Kredit dan terima kasih : mimi norashikin
Download borang disiplin kelas Download borang disiplin kelas Reviewed by cikguzim on 3.1.20 Rating: 5

3 ulasan:

  1. menarik nih, untuk cikgu-cikgu yang nak kerja sentiasa kemas dan teratur...

    BalasPadam
  2. Guru Disiplin saya Cikgu Rizal, kena jaga disiplin supaya tak berdepan dengannya.

    BalasPadam
  3. perkongsian yang bagus cikgu..

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.