Hati-hati upload gambar di media sosial, hindari penyakit Ain

Penyakit Yang Makin Banyak Melanda Ramai Orang!


Bahayanya penyakit Al-ain@pandangan benci orang juga boleh menyebabkan pergaduhan suami isteri sehingga musnah hubungan rumahtangga. 

Abang saya pesan, jangan terlalu kerap upload gambar kemesraan kita suami isteri di media sosial. Takut ketika itu ada mata yang memandang dengan tidak sengaja matanya memandangan dengan pandangan dengki. 

Abang saya ini bidangnya  setiap hari akan mengadap orang yang nak nikah sehinggalah masalah nak cerai. 

Beliau kongsi ramai sekarang anak muda kahwin awal tapi lagi 1 tahun datang jumpa semula beliau  kerana selalu gaduh sehingga nak bercerai. 

Banyak faktor, tapi dari pemerhatian beliau dan kajian yang beliau buat dari ratusan  penceraian, apabila ditanya suka upload gambar kemesraan dimedia sosial sedangkan 10 tahun dulu perkara macam ini tak berlaku (tayang gambar kepada orang tidak dikenali)

Bayangkan malam tadi upload gambar kemesraan dengan pasangan dapat ribu ‘like’ dan komen tanda pujian,tup tup pagi ini gaduh suami isteri. Sebab dalam yang puji ada juga yang mengeji.

Setiap kata itu doa. Allah. Inilah tanda kita dapat penyakit ‘Al-ain’. 

Bagaimana cara untuk kita elak mata kita sendiri jadi ‘Al-ain’?. Ini saya nak kongsi ilmu yang saya belajar dari guru saya. Jika kita tengok sesuai yang cantik,tengok kemesraan,kebahagiaan rumahtangga orang lain,tengok rakan kita tayang kereta mewah,rumah besar atau ada orang pujian kita. 

Bacalah: “Masyallah Allah La Quwawata illah billah” Rujuk surah Al-Kahf ayat 18/39

Moga kita dijauhkan dari AL-Ain dan moga mata kita juga bukan dari ‘Al-ain’

Moga bermanfaat. 

Sumber FB Muhammad
-EncikMatt-

Catat Ulasan

4 Ulasan

  1. Ustaz2 selalu ingatkan parents yg baru dapat anak, jangan upload dulu gambar baby baru lahir sebab penyakit ni la..dalam kita tak sedar puji baby comel, mulut yg sama jugak baru mengumpat mengeji orang lain sebelum tengok gambar baby orang..

    Tips nak hindari dari terbagi 'ain kat baby orang, jangan puji dia..atau jangan cakap apa2 bila tengok gambar baby..

    BalasPadam
  2. Terima kasih kerana b'kongsi ttg perkara ini. Tetapi lebih baik tidak upload d'media sosial sbb hati org pun kita x tau.. B'pada2 kalau nak b'kongsi..

    BalasPadam
  3. Tq cikguzim atas perkongsian ini insya Allah akan mama amalkan

    BalasPadam