Tanda malam Lailatul Qadar

Tanda-tanda malam Lailatul Qadar🌜

Suasana Sejuk di Malam Lailatul Qadar &  Matahari Bersinar Lembut.

Malam Lailatul Qadar yang ada di dalam Al-Quran dijelaskan dengan malam penuh berkah dan ketenangan. Semua malam akan berbeza saat memasuki malam Lailatul Qadar ini. Suasana menjadi
tenang, udara akan terasa sangat sejuk, tak terasa panas, tidak terasa dingin, tidak hujan dan tidak terjadi pelemparan bintang (meteor).


Di pagi hari setelah malam Lailatul Qadar, sinar matahari bersinar dengan lembut. Dan suasana hari itu pun terlihat cerah.

Rasulullah SAW: “Lailatul Qadar adalah malam yang penuh kemudahan dan kebaikan, tidak begitu
panas, juga tidak begitu dingin, pada pagi hari matahari bersinar tidak begitu cerah dan nampak kemerah-merahan.”☺️

Saya rasa hari kelmarin memang sejuk sangat waktu siang dan malamnya. Apapun, jom rebut peluang ini selagi adanya Ramadan....
Tanda malam Lailatul Qadar Tanda malam Lailatul Qadar Reviewed by cikguzim on 31.5.19 Rating: 5

3 ulasan:

  1. Sekejap je masa berlalu. Dah nak habis dah bulan ni

    BalasPadam
  2. Semoga kita bertemu dgn malam Lailatul Qadar...Aamiin..

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah, malam yang ditunggu-tunggu dan lebih baik daripada seribu bulan

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.