Doa sempena majlis solat hajat, boleh juga digunakan untuk doa majlis kecemerlangan pelajar, doa program motivasi, doa majlis akhir tahun, doa hari sukan sekolah, doa sempena sambutan perayaan sekolah dan sebagainya. Harap membantu kepada yang ditugas baca coa untuk program sekolah.
DOA SEMPENA MAJLIS SOLAT HAJAT
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
الْـحَمْدُ للهِ الذِيْ بِنِعْمَتِهِ تَتِمّ ُالصَّالِـحَاتُ ، وَالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ عَلَى رَسُوْلِنَا الأمِيْنَ وَعَلَى ءَألِهِ وَأصْحَابهِِ أجْـمَعِيْنَ .
Ya Allah Ya Tuhan Kami
Sesungguhnya pada ketika ini kami berkumpul kerana-Mu
Kami berkumpul untuk mengisi seluruh hidup kami dengan keredhaan-Mu
Sesungguhnya ketentuan dan takdir-Mu itu telah mengalahkan kami, dan ikatan nafsu syahwat telah menawan diri kami, maka jadilah Engkau ya Allah penolong kami, sehingga menolong kami melawan hawa nafsu kami, dan menolong sahabat kami terhadap musuh-musuh mereka , dan kayakanlah kami dengan kurnia-Mu sehingga kami merasa puas dan kaya dengan Engkau daripada meminta-minta daripada selain Engkau .
Ya Allah , Ya Karim Ya Wadud ,
Berkatilah usaha-usaha kami , mudah-mudahan (dengan usaha-usaha kami ini) anak-anak remaja Islam akan menjadi remaja yang cemerlang, terbilang , remaja yang disegani dan dihormati, samada dalam aspek akademik mahupun keperibadian.
Ya Rahman Ya Rahim Ya Rabbal’alamin ,
Sesungguhnya Engkau mengetahui apa yang kami rahsiakan dan yang kami nyatakan,
Semoga Engkau terima keuzuran kami,
Engkau mengetahui hajat kami,
Semoga Engkau kabulkan permohonan kami,
Engkau mengetahui dosa yang ada dalam diri kami,justeru itu kami mohon keampunan-Mu Ya Ghaffar,
Ya Allah Antalghaniyyu wa nahnulfuqara’
Ya Allah kurniakanlah Kepada kami kekayaan ilmu pengetahuan dan hiasilah diri kami dengan sifat lemah-lembut, dan muliakanlah kami dengan ketaqwaan dan indahkanlah diri kami dengan kesihatan dan kesejahteraan.
اَللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مَرْحُوْمًا ، وَتَفَرُّقَـَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقاً مَعْصُوْمًا ، وَلاَ تَجْعَلِ اللَّهُمَّ فِيْنَا وَلاَ مَعَنَا وَلاَ مَنْ يَتْبَعُنَا شَقِيًّا وَلاَ مَطْرُوْدًا وَلاَ مَحْرُوْمًا .
اللَّهُمَّ اجْعَلْ خَيْرَ أَعْمَارِنَا ءَاخِرُهُ وَخَيْرَ أَعْمَالِنَا خَوَاتِمُهُ وَخَيْرَ أيَّامِنَا يَوْمَ ألْقَاكَ فِيْهِ
اللَّهُمَّ اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَلإِخْوَانِنَا الَّذِيْنَ سَبَقُوْنَا بِالإِيْمَانِ وَلاَ تَجْعَلْ فِيْ قـُلُوْبِنَا غِلاًّ لِلَّذِيْنَ ءَامَنُوْا رَبَّنَاإنَّكَ رَءُوْفٌ رَحِيْمٌ
Catat Ulasan
0 Ulasan