Resepi kari daging

' KARI DAGING' atau orang Kedah panggil 'GULAI DAGING'.

Orang share resepi kita oun nak share resepi. Bukan blog perempuan je yang boleh share, lelaki pun boleh, tau. Sebagai rujukan untuk para isteri dan bakal isteri di luar sana. Ini resepi kari daging atau gulai daging untuk anda semua.


KARI DAGING

BAHAN BAHAN
1. I Kilo Daging
2. 2 peket Rempah Kari Daging Babas
3. Santan RM4.00
4. 3 sudu Kerisik.
5. 2 Tangkai Daun Kari.
6. Bawang Putih, Bawang Merah, sedikit Halia dimayang.
7. Sedikit Bunga lawang dn Kulit Kayu Manis
8. Kentang dn Karet jika suka.

CARA CARA
1. Daging dibasuh bersih dan digaul dgn rempah kari daging dn kerisik.
2. Tumis bawang putih, bawang merah, halia, daun kari, kulit kayu manis dan bunga lawang.
3. Apabila kekuningan masukkan daging yg digaul dgn rempah kari dn kerisik tadi.
4. Tambah 2 cawan air.
5. Masak daging tu sehingga kering dan pecah minyk.
6. Apabila dah pecah minyak masukkan santan.
7. Kalau suka pekat tambah sedikit air je udah dlm santan.
8. Dah mendidih masukkan kentang.
9. Kentang dah empuk masukkn cili hijau/cili merah.
10. Ok....dah boleh tutup api.

Kredit : Resepi FB
Resepi kari daging Resepi kari daging Reviewed by cikguzim on 7.8.17 Rating: 5

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.