Hari ini raya ke 11. Masih lagi mood raya sebab menu raya masih ada lagi terutama kuih, biskut-biskut, kek dan menu-menu lain yang tahan lama tu. Beli sendiri makan sendiri pastu berat naik.
Haaa ini kan raya memang berat naik raya ni hehe. Tak pe nanti lepas raya turun balik, jangan fikirkan sangat diet tu, go happy with your meal.
Nak cerita sikit pasal meal pagi raya di sini maklumlah berada di perantauan dan di tempat orang ni jadi kita ikut menu di sini jugak lah.
Kalau di tempat saya kerja ni (Sarawak) menu rayanya ada yang sama dan ada agak lain sikit iaitu menu pagi raya ada dihidang dengan kek lapis, air gas, dan kelupis.
Kek Lapis.
Cerita pasal kek lapis ni memanglah dah jadi trademark di Sarawak memang kebanyakan orangnya pandai masak kek lapis ni.
Kek lapis, tak habis lagi. Banyak lagi dalam peti sejuk 🤭
Beraneka jenis dan colourfull mereka buat dan rasanya memang sedap. Dulu yang saya tahu cuma kek lapis jenama Mira dan Dayang Salhah je sedap dan basah tapi sekarang ni ada macam-macam jenis dah. Boleh order cod lagi.
Kalau hari biasa memang tak makan kek lapis ni. Saya akan beli kek lapis bila nak balik semenanjung je sebab nanti orang sana akan tanya mana ole-ole? Hehe.
Kek lapis pulak ada banyak jenis dan nama : cheese, pandan, coklat, velvet, hati pari dll macam-macam nama dah.
Air gas.
Haa yang ni memang ciri-ciri hari raya di Sarawak. Mereka ni biasa hidang air gas waktu raya. Berbeza dengan kita di semenanjung biasa bancuh je air untuk hidangan raya.
Mungkin dari dulu-dulu dah buat budaya macam ni kot sebab nak mudahkan cara. Awas gula berlebihan. 🤭
Betul juga kan, tak payah susah-susah nak bancuh dan nak sedia jug. Sedia botol dan cawan je.
Kelupis.
Di Sarawak pun ada sebenarnya menu macam rendang, lemang, ketupat tapi mungkin ada antara kita yang tak pernah lihat menu yang bernama kelupis ini.
Kelupis. Sumber gambar wikipedia.
Di Sabah pun popular juga kelupis ni. Kelupis ni sama macam ketupat palas di semenanjung cuma nasi pulutnya dibalut begitu saja dalam daun palas tanpa dianyam.
Satu lagi ciri orang Sarawak beraya, mereka ni memang meriah macam kita di semenanjung. Pakai baju raya pun memang dalam sebulan syawal tu memang mereka akan pakai lagi baju raya cantik- cantik.
Semangat kekitaan dan persaudaraan sesama bangsa dan yang berlainan bangsa pun sangat bagus di sini.
Suatu kenangan yang akan diingati bila dah pindah nanti, genap 10 tahun di rantau orang.
Cepat-cepat laaa habis covid ni, nak raya normal macam dulu.
Operasi pembakaran lemak ; jogging dan walking dah dimulakan, slow-slow dulu cari fitness semula 😁.
Selamat hari raya.
Catat Ulasan
18 Ulasan
Belum pernah dengar kelupis. Tertanya-tanya macam mana rasanya.
BalasPadamRasanya sama macam ketupat pulut daun palas
PadamOwh. Semenanjung tak jumpa lagi. Kalau ada, boleh rasa.
PadamKelupis tu pernah dengar tapi tak pernah makan. Sedapnya kek lapis sarawak. Ya Allah. Ok Cikgu boleh buka order untuk orang semenanjung ni.
BalasPadamTeringin juga nak berbisnes cuma seru tu belum dtg 😅
PadamIstimewa betul beraya di Sarawak. Banyak jenis kek lapisnya.
BalasPadamOoo.. begitu kelupis Sarawak. Kalau di Sabah kelupis dibungkus dengan daun nyirik.
Kalau di Sabah ada macm2 jenis kalau tak silap sy, pasti mcm2 juga rasanya
PadamSelamat Hari Raya cikgu.
BalasPadamSedap kek lapis Sarawak tapi susah dapat di sini.
Selamat hari raya...skrg ni boleh beli online jer 😁
PadamTakde ketupat dan rendanglah beraya di sana ek
BalasPadamAda juga wak..cuma ada beberapa menu tu lain sikit.
PadamKek lapis sedapp tu
BalasPadamSelamat hari raya
Rasa sekali, susah nak berhenti..selamat hari raya juga 😀
Padamselamat hari raya cikgu... kek lapis masuk dlm freezer sampai raya haji pun tahan.. hehehe
BalasPadammasa belajar dekat unimas dulu,selalu makan kek lapis,cuma kelupis tu tak pernah rasanya,rasa ralat pula tak pernah merasa sambut raya di Sarawak dulu.
BalasPadam1st time dgr kelupis...air gas tu mmg senang..tuang je kn tk pyh bancuh2
BalasPadamdi sabah pun ada kelupis. kalau di kelate kita panggil ketupat dakap...
BalasPadamsini susah nk jumpa kek lapis sedap ^_^
BalasPadamtp kuih lapis warna pink versi semenanjung ade laa hehee
Salam Syawal cikguzim :)