Kenapa dilarang gantung gambar dalam rumah?
Kenapa Dilarang Gantung Gambar Kahwin Serta Keluarga Di Dalam Rumah?
Kita sememangnya sukakan rumah yang cantik. Rumah yang dibina atau dibeli ingin dihias dengan pelbagai kreativiti yang kita ada. Rumah yang cantik ini semestinya akan menciptakan suasana yang nyaman dan mendamaikan untuk keluarga meluangkan masa bersama.
Amalan mengantung gambar semestinya akan menjadi perkara wajib bagi menaikkan lagi seri rumah kita. Namun begitu,tidak ramai yang tahu, amalan mengantung gambar kahwin atau pun gambar keluarga tidak dibenarkan didalam islam. Berikut penjelasan daripada Mufti Wilayah Persekutuan mengenai perkara ini.
Ustaz, apakah hukum menggantung gambar makhluk hidup di dinding rumah atau gambar manusia pada kulit buku? Benarkah jika gambar tersebut tidak cukup sifat seperti tiada kaki atau separuh dibenarkan untuk digantung di dinding dan kulit buku?
Kami berpendapat agar tidak dilakukan perbuatan menggantung gambar makhluk hidup di dinding rumah, sekalipun separuh badannya dihilangkan, kerana keluar daripada khilaf. Adapun di kulit buku, maka kami berpendapat itu tidak mengapa. Wallahua`lam.
Kenapa Dilarang Menggantung Gambar Kahwin, Anak & Keluarga, Sebagai Perhiasan Didalam Rumah*
Menjadi kebiasaan didalam setiap rumah, gambar kahwin, gambar keluarga, gambar anak-anak dan sebagainya digantung pada dinding rumah mahupun dibingkaikan untuk dijadikan sebagai perhiasan dan kenangan terindah. Namun seeloknya, jika ada menggantung gambar-gambar ini sebaiknya, turunkanlah. Tanggalkan ia simpanlah ditempat tertutup dan jangan pamerkan ia untuk tatapan didalam rumah.
Ini kerana dalam sebuah hadith yang di riwayatkan oleh Imam Bukhari bahawasanya Nabi saw bersabda yang bermaksud:
Daripada Ibnu ‘Abbas, “Abu Talha, seorang sahabat Rasulullah dan seorang sahabat yang pernah bersama dalam Peperangan Badar memberitahu kepadaku bahawa Rasulullah berkata,
“MALAIKAT (PEMBAWA RAHMAT) TIDAK MASUK KE DALAM RUMAH YANG DI DALAMNYA ADA ANJING ATAU GAMBAR.” YANG DIMAKSUDKAN ADALAH GAMBAR YANG MENYERUPAI MAKHLUK BERNYAWA.”
(HADIS RIWAYAT AL-BUKHARI, KITAB EKSPEDISI PEPERANGAN BERSAMA NABI (5/59), NO. 338)
Malaikat Rahmat terhalang untuk masuk ke dalam rumah jika mempunyai gambar-gambar mahkluk bernyawa ini. Akibatnya hilanglah kasih sayang sesama ahli keluarga didalam rumah yang didiami. Bukan itu sahaja, perselisihan faham, rumahtangga selalu ‘panas’, tidak bahagia, rezeki sempit serta ada sahaja masalah yang sering berlaku kerana tiada lagi rahmat dan keberkatan yang diberikan didalam rumah.
Sedangkan malaikat rahmat jika ada di sisi kita ia membawa 1000 rahmat dengan izin Allah iaitu hati menjadi lebih tenang, jiwa rasa cinta pada Allah SWT, rezeki juga sentiasa dipermudahkan Allah. Malah malaikat rahmat juga bertugas menjaga keselamatan diri kita jika kita banyak membaca al-Quran, zikir dan berdoa.
Panduan Simpan Gambar Sebagai Kenangan:
1.Malaikat yang dimaksudkan dalam hadith ini ialah Malaikat Rahmat. Manakala yang dimaksudkan dengan gambar pula ialah bagi gambar makhluk bernyawa iaitu manusia dan haiwan.
2.Dilarang menggantung mahupun mempamerkan gambar makhluk bernyawa ini pada dinding atau dibingkaikan untuk hiasan didalam kabinet seperti gambar bersanding, menerima ijazah dan sebagainya sekali pun gambar keluarga.
3.Seeloknya gambar-gambar yang ingin dijadikan kenangan disimpan didalam album, handphone atau didalam komputer dan tidak dipamerkan didalam rumah sama sekali.
4.Gambar seperti keindahan alam semulajadi, tulisan kaligrafi, gambar permandangan, bunga-bungaan, kereta bangunan dan sebagainya yang BUKAN berunsur makhluk bernyawa adalah dibenarkan untuk dijadikan perhiasan didalam rumah.
5.Untuk patung permainan anak seperti barbie, teddy bear boleh digunakan untuk permainan tetapi selepas main perlulah diletakkan di dalam kotak mainan dan janganlah diletakkan di almari perhiasan mahupun dijadikan koleksi.
Semoga bermanfaat, kongsikan buat yang lain.Bersama-sama kita mengubah kebiasaan ini, untuk menjemput malaikat rahmat hadir ke rumah sekaligus memperolehi keberkatan dan kasih sayang dalam keluarga.
Sumber Mufti Wilayah
Catat Ulasan
1 Ulasan
Zaman dulu2, masyarakat kita memang suka pamerkan gambar2 kat dinding rumah.
BalasPadam