Ticker

7/recent/ticker-posts

Bye Digi, hai kembali Celcom

Setelah 1 tahun 8 bulan menggunakan khidmat Digi, hari ni dah tukar kembali ke Celcom. Nombor masih sama, dah berbelas tahun masih pakai nombor yang sama sebenarnya. Telco je berubah. Maxis, Celcom, Digi, back to Celcom.

Akibat perkhidmatan yang tidak berapa nak memuaskan sejak akhir2 ni lebih baik tukar. Lagipun coverage Celcom di rumah dan tempat kerja lebih luas.

Lebih berminat nak guna Celcom balik ni sebab dia ada plan terbaru unlimited call dan internet 30 hari RM35 sejak Jun 2020 haritu. Kawan kata laju juga speed dia so nak cubalah.

Kalau nak buat hotspot limit sampai 3gb je. Kalau nak lebih boleh tambah. Kalau amik plan ni so jadi jauh lebih murah dari plan internet yang saya ambil sebelum ni.

Plan internet yang ditawarkan untuk Celcom prepaid

Saya tukar dari Digi postpaid ke Celcom prepaid. Cara nak tukar plan sebab nak kekalkan nombor lama ni kena pergi ke kedai Celcom baru dapat tukar. Lambat juga proses dia ambil masa sehari jugak proses nak opt out dari Digi ni baru sim Celcom yang baru dapat guna. RM15 cas untuk tukar dari Digi postpaid ke Celcom Prepaid.

Celcom prepaid RM35 unlimited ni speednya 3mbps. 

Laju ke internet speed 3mbps ni? Boleh tengok youtube dan video lain dalam HD ke? 

Jawapannya lebih dari boleh, bergantung pada ping atau kestabilan. Cuma orang kata plan ni untuk aktiviti download mendownload ni ada slow sikit. Katanyalah, belum saya cuba lagi. Plan murah katakan...

Baru daftar dah dapat free 1hb internet.

So harap ok lah yek lepas ni line, sebab setakat hari ni speed memang boleh diterima, harap speed dia siang dan malam sama2 ok tak seperti Digi sebelum ni.

Nanti kita update lagilah, persaingan antara telco ni memang bagus. Kita sebagai customer juga untung banyak pilihan...

Kita sebagai customer wajib dan ada hak untuk complain.

Catat Ulasan

11 Ulasan

  1. celcom memang the best, bagi saya la hehe

    BalasPadam
  2. kita dua2 guna...internet guna digii..panggilan guna celcom

    BalasPadam
    Balasan
    1. Skrg ni mmg elok pakai 2 fon juga sbgai backup

      Padam
  3. Cik TK pakai 2 sim. Digi dan Celcom. Dua2 nombor ni dah berkurun gak la pakai sampai sekarang. Internet Digi. Call pakai celcom.

    BalasPadam
  4. Baru semalam tukar . Digi postpaid ke celcome prepaid. Digi siap call tanya kenapa nak tukar dan smpi sekarang saya masih tunggu pengesahan. sebab service busy . tggu response lepas reply YES tuh

    BalasPadam
  5. Nak tukar pelan no yg sama sim kena tukar ke? Nak gi ke celcom cntre la?

    BalasPadam