Kesan buruk dan dosa tonton video lucah

SEMOGA KITA DAN KETURUNAN KITA SEMUA DIJAUHI TABIAT INI..AMIN YA ALLAH...AMPUNKAN KAMI...😢

Kita ni gelak, gelak juga. Kita rasa normal je macam zaman bujang dan zaman dulu tapi kalau kita masih teruskan apa beza kita dengan orang lain? 


Di Tumblr terutamanya, betapa ramai suami atau lelaki yang saling bertukar-tukar isteri atau teman wanita sesama rakan demi melangsaikan nafsu dek pengaruh bahan lucah semata?

Begitu hinanya isteri, hinanya wanita kita perlakukan hanya seperti sebuah handphone yang boleh di “swap”.

Ketagihan menonton bahan lucah ini mengakibatkan otak bahagian tengah depan yang disebut Ventral Tegmental Area (VTA) secara fiziknya mengecil.

Pornografi atau bahan lucah ini menimbulkan perubahan tetap pada Neorotransmiter dan melemahkan fungsi kawalan. 

Dan kerosakan otak akibat ketagihan bahan lucah adalah yang paling berat, lebih berat dari ketagihan Kokain (dadah).

- Dr. Donald L Hilton Jr
Neurological Surgeon, Houston Methodist Willowbrook Hospital.

Ini yang membuat orang-orang yang dah ketagih atau sangap, tak dapat lagi mengawal perilakunya sampai boleh berimaginasikan aktiviti lucah bersama wanita idaman pilihan mereka, bila-bila masa dan dimana sahaja. 

Berapa banyak kes budak sekolah rendah, sekolah menengah yang terlibat dengan aktiviti seks bebas malahan secara beramai-ramai? 

Bila ditangkap, alasannya kerana meniru aksi dan aktiviti bahan lucah dari simpanan dan koleksi si bapa.

Disinilah bermulanya kerosakan sebuah institusi kekeluargaan dan runtuhnya akhlak seorang Muslim.

“Tidak boleh seseorang lelaki melihat aurat lelaki lainnya, dan tidak boleh seorang wanita melihat aurat wanita lainnya” 

Hadith Riwayat Muslim, Abu Dawud, Tirmidzi, Ahmad dan Ibnu Majah dari Abu Sa’id Al-Khudriy Radhiyallahuanhu. 

Yang wanita jagalah diri, jangan hanya kerana nafsu sekadar 10-20 minit itu menjadikan titik hitam maruah diri dan keluarga. 

Ustaz Jafri juga ada berpesan , ajal kita , kita tak tahu bila ajal kita akan sampai, cuba bayangkan ajal kita sampai ketika sedang menonton benda yg haram tersebut , itu kematian su’ul khotimah (kematian yg buruk) , nauzubillahiminzalik .

Dosa Yg dah lepas, sama2 kita bertaubat, yg sekarang dan akan datang ,Sama2 kita elakkan... 

Semoga bermanfaat in shaa Allah. Aamiin

2 ulasan:

Peringatan mesra: Saya amat menghargai komen anda namun komen yang ditinggalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komen dengan ilmiah dan berhemah. Yang indah itu bahasa dan tak rugi kongsi ilmu bersama.

Keep comments respectful and follow our community guideline.

Dikuasakan oleh Blogger.